SMS dari Shahrul Nizam Sulaiman.

“SMS dari Shahrul Nizam Sulaiman”
Thumb: Ajaja, camane nak hias dulang ni? Aku x pandai.
Saya: Google!
Thumb: Aku main hentam je ni. Hehe
Saya: Cool!

“Esoknya, sesampai di tempat kejadian”,
Mak Yan: Eh! Balik-balik muka kau Aja!
Saya: Ehehehehehe…
Thumb: Ehehehehehehe..

Kehadapan sayangku Aryanti Akhyar, saya amat gembira dengan majlis pertunangan awak yang sangat low-profile ini. Saya juga mengagumi sikap keterbukaan kedua belah keluarga lelaki dan perempuan. Saya rasa amat teruja dan gembira gila bila jari manis awak disarungkan cincin yg bergemerlapan itu. Sudah hampir 7 tahun kita hidup bersama. Bergaduh sudah, bercinta sudah, tapi kita tetap serasi. Andai lah saya boleh berkahwin dengan awak, dah tentu saya orang pertama yang datang merisik. Tapi kita tidak ditakdirkan untuk hidup bersama. Saya tahu yang awak akan tetap menyayangi saya seperti biasa walaupun status awak kini sudah berubah.

Yann, sampai hujung nyawa pun, saya berjanji akan sentiasa berada disisi awak dalam tiap suka dan duka. Saya akan tetap datang ke rumah awak dan menetap disana setiap hujung minggu seperti biasa-biasanya. Kita berbual dari malam sampai pagi, gelak, tersengih, melompat-lompat dan main masak-masak.

Selamat menjadi tunangan orang, sayang. Saya tak sabar nak pakai baju lip-lap-lip-lap masa malam perkahwinan awak nanti. Saya nak jahit baju saya penuh dengan labuci. Biar berkilat-kilat. Gitu! Siapa sangka dalam diam-diam ubi berisi. Dalam diam-diam awak bakal jadi seorang isteri. Jangan nakal-nakal ye, nanti dah kahwin, jangan lupa saya disini :)

Salam sayang dari sahabatmu;
Hajaribrohim Mahmod
6 Februari 2010


Footnote:
Sampai habis majlis, mak Yann masih lagi mencubit dan mendebik saya sambil berkata “balik-balik muka kau!” ha ha ha ha!

Can I Fuck You?

Abang Saiful suka masa tu, lepas tu baru tak suka. Gitu ya? Ha ha ha!! Motif?

Universal Soldier: A New Beginning.

18 tahun tunggu sequal Universal Soldier, akhirnya keluar jugak. 18 tahun tunggu kemunculan Van Damme dengan Dolph Lundgren. Universal Soldier yang pertama rilis tahun 1992, umur saya baru 7 tahun. Pada umur 7 tahun jugak, saya sudah didedahkan dengan filem-filem ganas. Ibu kata, tengok cerita ni, biar macho sikit bila dah besar nanti.

2010, rilis sequal ketiga filem Universal Soldier. Hari-hari tunggu dengan perasaan yang berdebar-debar. Walaubagaimanapun, sedikit kecewa dengan plot cerita ni. Mungkin Encik Roland Emmerich sebagai direktor filem ni tak berapa sensitif dengan kesinambungan dari filem 1 dan 2. Jalan cerita filem baru ni sedikit klise dengan action movie yang lain: Terrorist culik anak orang besar-besar dan conquer kawasan Chernobyl, ugut itu – ugut ini – mintak lepaskan orang-orang dia yang dijadikan banduan – Bila orang besar-besar dah arahkan supaya banduan-banduan mereka dilepaskan, cerita pun habis.

Lagi tak puas hati bila kemunculan Dolph Lundgren tak sampai pun 15 minit. Fakap betul! Ending dia pun tak berapa nak best. Korang tengok sendiri lah. Tapi butt kicking action dia memang best lah. Van Damme punya backstrokes kick masih power macam dalam cerita Double Impact dulu. Terasa-rasa kat tulang rusuk.

Kesimpulannya, Universal Soldier: A New Beginning is quite okay. Tak rugi bayar tiket RM6. Universal Soldier tahun 1992 is more better than the new one. Yang paling penting, cerita ini seratus juta lebih baik daripada filem 2 Hati 1 Jiwa.

Buang Undi.

Pilihanraya MPP adalah sesuatu yang sinonim di setiap universiti. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah mengundi untuk MPP fakulti, kerana saya tidak pernah peduli akan kewujudan mereka. Ini pertama kali dan terakhir kali. Ada 3 kotak untuk dipangkah. Yang seorang ni perempuan, ok saya pangkah. Yang lagi dua ni lelaki. Potongan rambut sama. Gaya senyuman sama, sampai tak boleh nak beza yang mana satu si Abu, yang mana satu si Ali. Setelah penat berfikir, akhirnya saya membuat keputusan. Ah, pangkah saja si dia ni.

Pop-up di skrin mengatakan “Terima kasih kerana mengundi! Anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai pelajar!”

Kasihan si Abu, saya tak pangkah dia. Harap-harap beliau akan cuba lagi pada tahun hadapan. Kalau tahun hadapan saya masih lagi belajar disini, mungkin si Abu tetap tidak akan dapat undi daripada saya. Saya memilih untuk memangkah si Ali kerana Ali lebih kacak dari Abu.

Harap-harap si Ali menang pilihanraya kali ni, bolehlah cuci mata semester ni.

Footnote:
Saya suka lelaki kacak.

I Am A Beautiful Boy.

Hallo ibu, saya rindu ibu. Tak sabar nak balik kampung, ya!

Allah Peliharakan Sultan :)


Terima kasih Sultan, sebab selalu jamu kami, rakyat-rakyat makan di istana setiap kali tiba hari lahir Tuanku.
Terima kasih Sultan, sebab hias bandaraya Johor Bahru dengan lampu-lampu yang cantik-cantik, yang berlip-lap lip-lap.
Terima kasih Sultan, sebab memelihara bandaraya Johor Bahru dengan pokok-pokok yang rendang-rendang.
Terima Kasih Sultan, sebab setiap tahun, Sultan balas kad raya dari saya sekeluarga.
Terima kasih Sultan, sebab menjaga Negeri Johor supaya sentiasa aman dan makmur.
Terima kasih Sultan, sebab mendidik anak-anak Tuanku supaya mesra dengan rakyat, tidak bongkak, dan baik hati.
Terima kasih Sultan, semoga roh Sultan dicucuri rahmat dan semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah Ta’la.

Biarpun orang kata Tuanku keturunan lanun, saya bangga jadi rakyat Johor :)

Terima kasih Sultan~

Afeeq Fathi dan Sabrina.

Tahniah Zairani Alias dan Faridah Noor. Zai, anak awak nampak macam Johnny Depp. Noe, anak awak macam Angelina Jolie. Rasa cam nak cemolot ngan dia. Eheh!

Afeeq Fathi:

Sabrina:

Seronoknye awak ye. Keje sekolah dah siap belum?

Lokasi: Pulau Langkawi
Circa: Disember 2009





Karya Amran.

Mencari orang hilang.

Nama: Mohd Karya Amran
Tinggi: 178cm
Berat: 80kg
Warna mata: Coklat

Mana dia? Manaaaaaaaaaaaaaaaa????????????

Tua.

Saya sekarang berumur 25 tahun. Itu mengikut kira-kira kalendar Gregorian. Tetapi kalau tak salah, mengikut kalendar Masihi, nyatanya saya kini berumur 27 tahun. Ya, 27 tahun.

Sepanjang 27 tahun hidup,
Saya punya harta? Tidak.
Saya punya wang yang banyak? Tidak.
Saya punya tanah yang berhektar? Tidak, sekangkang kera pun tidak.
Saya punya emas bertongkol-tongkol? Tidak. Seurat pun tidak.
Saya punya ilmu agama yang banyak? Tidak. Cukup-cukup makan untuk tidak murtad.
Saya punya aset nilai berjuta? Tidak.

Tidak. Tidak. Tidak.

Apa yang saya pasti sekarang, saya punya thesis yang belum siap lagi. Alahai!!!!